Friday, July 31, 2015

El Rhazi - Azalina Othman Said Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

(El Rhazi) Dato' Sri Azalina Othman Said adalah Ahli Parlimen P157 Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Pelancongan (2008-2009) dan Menteri Belia dan Sukan (2004-2008). Kini beliau dilantik menjadi pengerusi FINAS mulai 1 Jun 2015.


Datuk Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963. Semasa belajar , beliau aktif dalam sukan taekwondo dan memegang tali pinggang hitam. Dalam beberapa acara yang dirasmikannya kemudian, beliau turut menunjukkan kehandalannya memecahkan atap genting.


Beliau mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam dan jurusan undang-undang.Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.


Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di ntv7.


Peguam muda ini menjadi ahli biasa UMNO di peringkat cawangan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Mulanya beliau terlibat dalam Pusat Bantuan Guaman Biro Tindakan Sivil UMNO (2000-2004) - memberi khidmat undang-undang kepada rakyat yang kesusahan . Mengikut prosedur, pengadu boleh membuat aduan secara bersemuka, melalui telefon atau datang sendiri ke Pusat Guaman itu di Sungai Way, Petaling Jaya untuk membincangkan masalah yang dihadapi.


Beliau pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004. Pada 1 November 2002, sebagai Ketua Puteri UMNO, beliau secar automatik dilantik sebagai salah seorang dari 6 orang Naib Presiden UMNO.


Pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan (31 Mac 2004-7 Mac 2008). Kemudian dilantik sebagai Menteri Pelancongan (18 Mac 2008 - 9 April 2009).


Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan Sisters in Islam.


Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).


Mulai 1 Jun 2015, Azalina Othman dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menggantikan Datuk Md Afendi Hamdan (1 September 2011 - 31 Januari 2015). Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek di Pitching Centre Kuala Lumpur. Datuk Seri Azalina pernah menerbitkan program dokumentari berkisar dengan tokoh kepimpinan negara yang berjudul 1Malaysia Ikon yang disiarkan di TV 1 tahun 2014.


Beliau pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos, Switzerland. Selain itu, beliau juga pernah menjadi hos rancangan-rancangan televisyen yang membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosial seperti rancangan Dateline Malaysia dan Lidah Pengarang.


Beliau juga menerima anugerah SSAP ? Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang ; SPMP ? Darjah Seri Paduka Mahkota Perak ;DGMK ? Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah ; DPMS ? Darjah Paduka Mahkota Selangor dan PGDK ? Panglima Gemilang Darjah Kinabalu.


Pada 15 Mac 2006, Azalina selaku Menteri Belia dan Sukan dilarang masuk ke perkampungan Sukan Komanwel yang diadakan di Melbourne,Australia. Beliau hanya dibenarkan berada di Zon Antarabangsa iaitu di luar pagar. Hanya atlet dan pegawai tertentu sahaja dibenarkan masuk .


Pada 2009, SPRM dan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Said Hamdan mengesahkan Azalina bebas dari rasuah.SPRM pada 11 Mac 2009, turut menyiasat lapan pegawai kanan Azalina bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kementeriannya.Anak syarikat Kementerian Pelancongan iaitu Pembangunan Pelancongan Nasional (Pempena) turut disiasat berhubung dakwaan salah guna dana.


Azalina adalah peminat kereta khususnya yang klasik. Beliau memiliki kereta sport, Mercedes-Benz 280 SL (tahun 1969) .Kemudian dijual kepada Tan Sri Yahya Abdul Jalil , bendahari UMNO Pasir Gudang dan Pengarah Urusan syarikat Gerbang Perdana Sdn Bhd yang bertanggungjawab membina 'jambatan bengkok' ke Singapura. Blogger TheWhistleblower711 mnyiarkan gambar cek RM300,000 yang Azalina terima dari Yahya bertarikh April 7, 2011.


#Othman #El #Rhazi

No comments:

Post a Comment